fbpx
AZIZULHASNI

Netflix tayang dokumentari Azizulhasni tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Ketabahan jaguh berbasikal negara kelahiran Terengganu, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang, 37, atau lebih dikenali sebagai Jijoe bakal diangkat dalam sebuah dokumentari bertajuk The Pulse yang bakal ditayangkan di platform penstriman antarabangsa, Netflix pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim berkata pemilihan Jijoe sebagai subjek utama dokumentari itu amat bermakna buat Terengganu memandangkan atlet yang digelar ‘The Pocket Rocketman’ itu merupakan ikon sukan negara yang dilahirkan daripada sistem pembangunan atlet negeri ini.

“Dokumentari terbitan sebuah syarikat tempatan itu mengetengahkan perjalanan hidup dan karier luar biasa Jijoe termasuk perjuangannya selepas menjalani pembedahan jantung serta cabaran getir dalam dunia sukan berbasikal trek.

“Penonton akan dibawa menelusuri detik-detik penting dalam kehidupan atlet tersebut termasuk insiden tertusuk kayu ketika latihan, proses pemulihan selepas pembedahan serta semangat kentalnya untuk kembali bersaing di pentas antarabangsa,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-15 di sini hari ini.

Hishamuddin berkata, judul The Pulse dalam dokumentari tersebut melambangkan nadi perjuangan Jijoe yang terus berdenyut walaupun diuji dengan pelbagai dugaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI