PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir hampir seluruh negara termasuk Selangor, Kelantan serta Terengganu.
MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga 6 petang nanti.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melibatkan seluruh Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Amaran ribut petir dijangka berlaku di Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling manakala di Perak melibatkan daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Hujan lebat turut diramal di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai dan Terengganu di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang,” katanya.
Sementara itu, MetMalaysia berkata, di Pahang melibatkan Kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin manakala di Selangor adalah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
Selain itu, katanya, di Negeri Sembilan ribut petir dijangka di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin serta Johor di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Sementara itu di Sarawak, kawasan terlibat adalah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman (Lubok Antu), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song) dan Limbang (Lawas),” katanya.
Di Sabah pula, meliputi Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas). – KOSMO! ONLINE














