fbpx
Prabowo (tengah) bertemu dengan Albanese (kiri) di Sydney hari ini. - AFP 

Australia, Indonesia erat kerjasama keselamatan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SYDNEY – Australia dan Indonesia bersetuju untuk menandatangani perjanjian keselamatan baharu yang merangkumi kerjasama ketenteraan lebih erat, kata pemimpin kedua-dua negara selepas rundingan di Sydney hari ini.

Canberra semakin mendekati sekutu lamanya, Washington, dengan memperkukuh ketenteraannya dalam usaha untuk menghalang kekuatan kebangkitan China di rantau Asia Pasifik.

Jakarta pula mengambil laluan lebih neutral, dengan berhati-hati agar tidak terlalu dekat dengan Washington serta kurang bersedia untuk menjejaskan Beijing.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese ketika berucap bersama Presiden Prabowo Subianto di Pangkalan Tentera Laut Diraja Australia di Sydney berkata, mereka baru sahaja memuktamadkan rundingan secara substansial berhubung perjanjian dua hala baharu mengenai keselamatan bersama.

“Perjanjian ini merupakan pengiktirafan kedua-dua negara bahawa cara terbaik untuk menjamin keamanan dan kestabilan adalah dengan bertindak bersama,” kata Albanese kepada pemberita.

Tambah beliau, perjanjian itu dibina berdasarkan pakatan pertahanan dua hala ditandatangani pada 2024, yang menjanjikan kerjasama lebih erat di rantau Asia Pasifik yang dipertikaikan. Ia termasuk peruntukan untuk setiap tentera yang beroperasi di negara masing-masing.

“Perjanjian baharu itu akan menuntut Australia dan Indonesia untuk berunding di peringkat pemimpin dan menteri secara berkala mengenai perkara-perkara keselamatan.

“Sekiranya keselamatan salah satu atau kedua-dua negara terancam, kami akan berunding dan mempertimbangkan langkah-langkah yang boleh diambil, sama ada secara individu atau bersama untuk menangani ancaman tersebut,” kata Albanese. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI