fbpx
Gambar hiasan

338 kes MyKad palsu, guna MyKad milik orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 338 kes penyalahgunaan kad pengenalan (MyKad) direkodkan antara tahun 2021 hingga Oktober lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebanyak 232 kes terbabit melibatkan penggunaan kad pengenalan palsu dan 106 kes menggunakan kad milik orang lain.

“Sebanyak 172 kes melibatkan warga Filipina, 132 kes warga Indonesia dan 34 kes membabitkan warganegara lain.

“Sebahagian kes telah selesai dibicarakan dan dijatuhkan hukuman, manakala selebihnya masih dalam proses siasatan,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Zahir Hassan (PH–Wangsa Maju) berhubung jumlah tangkapan dan pendakwaan kes penyalahgunaan kad pengenalan.

Saifuddin Nasution berkata, kesemua kes berkenaan dikesan hasil 3,418 operasi penguatkuasaan oleh pelbagai agensi di seluruh negara.

Menurut beliau, sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 1,377 tangkapan dilakukan dengan 843 kes didakwa di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Kata beliau, sebanyak 525 kes lagi didakwa di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299), manakala baki sembilan kes tidak melibatkan pendakwaan.

“Operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain bagi mengekang pemalsuan dan penjualan kad pengenalan.

“Sebuah pasukan khas siasatan turut ditubuhkan khusus untuk mengesan sindiket penjualan identiti,” katanya.

Tegas beliau, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang terbabit dalam penyelewengan dokumen pengenalan diri negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI