fbpx
Tangkap layar video seorang wanita bukan Islam di New York meminta pemandu e-hailing menaikkan suara alunan al-Quran daripada radio keretanya.

[VIDEO] Ini al-Quran kan… boleh kuatkan suara?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita bukan Islam di New York menarik perhatian orang ramai apabila meminta pemandu e-hailing beragama Islam untuk meningkatkan suara alunan al-Quran dipasang dalam radio kereta kerana ia memberi ketenangan kepadanya.

Menerusi hantaran TikTok The Cosmic Mother, wanita itu pada mulanya meminta pemandu tersebut untuk meningkatkan suara alunan al-Quran, namun lelaki itu mematikan radio tersebut selepas tersalah sangka dengan permintaan penumpangnya.

Bagaimanapun, wanita itu memberitahu dia mahu pemandu tersebut meningkatkan suara alunan al-Quran daripada radio berkenaan memandangkan dia sangat menyukainya.
“Ni al-Quran kan, boleh naikkan suara. Bukan (tutup), naikkan, kuatkan. Saya suka al-Quran,” katanya menerusi perbualan dengan lelaki itu.

Pada kapsyen video pula, wanita itu memberitahu, pada hari berkenaan, dia berdepan dengan saat-saat sukar sekali gus al-Quran itu suatu penyembuhan kepadanya.

“Saya berdepan hari yang sangat-sangat sukar hari ini. Momen seperti ini memberikan penyembuhan kepada hati saya,” katanya.

Menerusi ruangan komen, pengguna media sosial termasuk orang bukan Islam turut berpendapat dengan wanita itu apabila mereka juga mendengar bacaan suci ayat al-Quran sebagai penenang jiwa.

“Saya seorang Kristian dan mendengar al-Quran, saya rasa aman,” komen pengguna TikTok Narcomayuko.

“Memang betul, saya pun rasa tenang dan saya seorang atheist,” kata Josie.

“Kenapa saya baru tahu sekarang alunan al-Quran itu sangat menenangkan. Saya akan dengar sebelum tidur,” kata Stina. – KOSMO! ONLINE

@authenticvibrations I was having a really hard day this day and this moment brought so much healing for my heart. #quran #alhamdulillah ♬ original sound – The Cosmic Mother | Shaman 🌊

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN