fbpx
Ben Amir berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan teman wanitanya yang berasal dari Filipina kini sudah sah memeluk agama Islam.

‘Selamat datang ke agama…’ – Bakal isteri Ben Amir peluk Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Ben Amir berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan teman wanitanya yang berasal dari Filipina kini sudah sah memeluk agama Islam.

Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 35, meluahkan rasa syukur dan menitipkan pesanan penuh makna buat insan istimewa dalam hidupnya itu.

“Selamat datang ke agama Islam. Ambillah masa untuk belajar perlahan-lahan dan hayati keindahannya. Ketahuilah, kamu tidak pernah bersendirian.

“Banyak kasih sayang untukmu dan semoga Allah sentiasa melindungi.

“Semoga perjalanan ini membawa kamu lebih dekat kepada ketenangan, tujuan hidup dan diri sebenar,” katanya dalam Instagram.

Pelakon filem Rebel itu juga turut berkongsi beberapa keping gambar memperlihatkannya memakai baju Melayu lengkap ketika menemani kekasihnya di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi menguruskan urusan dokumentasi pengislaman wanita tersebut.

Ucapan berbaur cinta dan keinsafan itu segera mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya tumpang gembira dengan berita berkenaan.

“Masya-Allah, indahnya hidayah. Semoga hubungan mereka diberkati dan terus ke arah kebaikan,” komen netizen.

“Ben bukan sahaja beruntung kerana memiliki cinta sejati, malah dikurniakan pasangan yang kini seagama. Moga bahagia dunia akhirat,” tulis peminat.

“Dua tahun mengenal, kini disatukan dalam iman. Indah betul perjalanan cinta mereka,” tulis seorang pengguna media sosial.

Terdahulu, bekas peserta Hero Remaja itu tanpa berselindung mengakui hatinya sudah dimiliki oleh wanita Filipina yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, mereka masih belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Pada April lalu, Ben turut memaklumkan keputusan untuk berhijrah ke Filipina selepas merasakan hidupnya di Kuala Lumpur terlalu terikat dengan rutin sama saban hari. — KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN