fbpx
Gambar hiasan

Rohayu dicari bantu perbicaraan kes seksual kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis Kuala Lumpur sedang mengesan seorang wanita bagi membantu perbicaraan kes di Mahkamah Sesyen Jenayah 1 berkaitan laporan polis Dang Wangi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keterangan saksi berkenaan diperlukan bagi perbicaraan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang sedang berlangsung.

“Individu yang dicari ialah Rohayu Ithnin, pemegang kad pengenalan 801228-14-5776, beralamat di No. 68A, Jalan Hamzah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Inspektor. Amiza Alig di talian 011-2653 0413. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI