ALOR SETAR – Kerajaan negeri hari ini mengumumkan ‘bonus’ buat penjawat awamnya berjumlah RM2,000 setiap orang yang akan dibayar pada Januari dan Mac tahun depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebanyak RM10 juta diperuntukan bagi bantuan khas kewangan tersebut.
“Sebanyak 5,000 penjawat awam negeri ini akan menerima bantuan khas kewangan itu yang akan dibayar dua kali iaitu pada Januari ketika buka sekolah dan Mac untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai menghargai usaha keras dan dedikasi anggota pentadbiran negeri dan penjawat awam Kedah,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi pembentangan Bajet Kedah 2026 di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Dalam sesi tersebut Muhammad Sanusi membentangkan Bajet Kedah 2026 sebanyak RM1.33 bilion dengan slogan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. – KOSMO! ONLINE














