fbpx
IBU Hafiz, Halizawati Salleh meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuching pada pukul 9.40 malam tadi.

‘Innalillahiwainnailaihirojiun…Hilangnya doa seorang ibu’ – Hafiz Suip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kurang dua minggu muncul di konsert solo anaknya, ibu kepada penyanyi Hafiz Suip iaitu Allahyarham Halizawati Salleh meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuching, Sarawak hari ini.

Khabar duka itu dikongsi oleh Hafiz, 35, dalam akaun Facebooknya hari ini.

“Innalillahiwainnailaihirojiun… Hilangnya doa seorang ibu,” katanya ringkas.

Difahamkan, Halizawati, 62, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.40 malam tadi
akibat komplikasi penyakit kencing manis.

Perkongsian pemilik nama penuh Mohamad Hafiz Mohamad Suip itu dihujani dengan ucapan takziah daripada rakan selebriti dan orang ramai.

Pada Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip di Megastar Arena 1 November lalu, Allahyarham turut membuat kejutan buat anaknya dengan menaiki pentas dalam keadaan berkerusi roda.

Hafiz sebelum ini memberitahu dia kini menetap di Kuching, Sarawak bagi menjaga kedua ibu bapanya yang uzur.

Allahyarham menghidap penyakit diabetes kronik hingga kaki kirinya terpaksa dipotong ke paras lutut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI