PETALING JAYA – Sebahagian besar kawasan di semenanjung termasuk Sarawak diramalkan dilanda ribut petir dan hujan lebat sehingga pukul 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Perlis, Kelantan dan Terengganu.
“Bagi Perak di Batang Padang dan Muallim, Perak manakala di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Di Pahang ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin,” ujarnya.
Menurut MetMalaysia, amaran hujan lebat turut dikeluarkan di Selangor membabitkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Katanya, ribut petir di Negeri Sembilan tertumpu di Jelebu dan Seremban, manakala di Johor meliputi Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang (Limbang). –KOSMO! ONLINE














