fbpx
Polis tiba di rumah mangsa di wilayah Surin kelmarin. - KhaoSod

Berang bunyi muzik kuat, lelaki tembak abang ipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand ditahan selepas membunuh abang iparnya dengan senapang buatan sendiri kerana berang mangsa sering memainkan muzik yang kuat, lapor portal berita Thaiger. 

Kejadian berlaku di Sadao, wilayah Surin kelmarin. 

Polis menemui seorang mayat lelaki dikenali sebagai Narintorn, 52, terbaring berhampiran katil kayu di hadapan rumahnya dengan kesan tembakan pada badan. 

Dua lagi mangsa yang cedera dirawat oleh pasukan penyelamat sebelum dibawa ke Hospital Buachet untuk rawatan lanjut. 

Situasi itu dipercayai tercetus apabila Narintorn dan dua rakannya memasang lagu yang kuat sebelum ditegur oleh suspek dikenali sebagai Isara, 51, yang tinggal berhampiran. 

“Isara berulang kali menegur mereka untuk mengurangkan bunyi kerana mengganggu ibunya yang sakit. 

“Keadaan bertambah buruk apabila suspek mengacukan senapang untuk menakut-nakutkan mereka, namun dia dicabar oleh Narintorn sekali gus mencetuskan konfrontasi. 

“Suspek menyerah diri di balai polis selepas melarikan diri dari tempat kejadian,” kata polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN