fbpx
Keadaan tanah runtuh di Kampung Duvanson.

PM beri bantuan tunai kepada mangsa tanah runtuh Kg. Duvanson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan tunai kepada mangsa tanah runtuh di Kampung Duvanson, Putatan sebagai bantuan awal.

Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dalam tinjauan ke tapak kejadian itu semalam yang disifatkan menyentuh hati.

Menurut Ahmad Farhan, ketika kejadian, empat beranak berada di dalam rumah, namun sempat melarikan diri selepas terasa gegaran dan mendengar bunyi kuat dari arah belakang rumah.

“Rumah yang dibina hasil titik peluh dan simpanan gaji selama beberapa tahun, kini musnah dalam sekelip mata akibat runtuhan tanah yang berlaku kira-kira pukul 10 malam, baru-baru ini.

“Syukur, tiada nyawa terkorban namun kesannya cukup mendalam bagi keluarga ini,” katanya dalam hantaran, hari ini.

Ahmad Farhan berkata, beliau bersama Awang Husaini yang juga pemimpin masyarakat setempat turut meninjau bersama Unit Penyelarasan Perlaksanaan Sabah bagi menilai tindakan segera yang wajar diambil.

“Semoga keluarga ini terus tabah dan diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI