fbpx
Gambar hiasan

Kongsi panggilan video bogel, lelaki lesap RM9,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Seorang lelaki berusia 23 tahun kerugian RM9,000 selepas diugut untuk menyebarkan video bogelnya oleh seorang wanita yang dikenali melalui sebuah aplikasi cari kenalan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pengadu tampil membuat laporan di Balai Polis Batu Caves pada Rabu lalu.

“Lelaki itu memaklumkan berkenalan dengan seorang wanita melalui aplikasi Tantan sebelum mereka bertukar nombor telefon dan berhubung menerusi aplikasi WeChat.
“Suspek kemudian menunjukkan minat dan melakukan panggilan video bersama mangsa sebelum kedua-duanya diminta menanggalkan pakaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selepas panggilan tersebut, suspek menghantar mesej ugutan melalui WhatsApp dan mengancam akan menyebarkan rakaman video bogel mangsa sekiranya mangsa enggan membayar sejumlah wang.

“Mangsa akhirnya membuat dua pembayaran kepada suspek melalui akaun sebuah bank digital yang mempunyai kelulusan Bank Negara,” katanya.

Tambahnya, siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti pemilik akaun bank digital terbabit serta nombor telefon yang digunakan untuk menghubungi mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI