fbpx
Tren milik KTMB terlajak ke hujung landasan pagi semalam, manakala operasi Stesen Butterworth kembali pulih hari ini.

Kerja pengalihan tren selesai, operasi Stesen Butterworth pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Operasi perkhidmatan di Stesen Butterworth kembali pulih sepenuhnya selepas kerja pengalihan set tren Komuter enam gerabak (SCS03) yang terlajak hingga ke hujung landasan di Platform 4, semalam berjaya diselesaikan.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan berkata, proses mengalih tren tersebut selesai dengan selamat dan perkhidmatan tren penumpang kembali beroperasi seperti biasa mulai pukul 7.51 malam.

“KTMB merakamkan penghargaan kepada semua penumpang atas kesabaran, kerjasama dan kefahaman yang diberikan sepanjang tempoh kerja pemulihan dijalankan,” kata kenyataan itu.
Tambahnya, KTMB kekal komited meningkatkan mutu perkhidmatan sambil memastikan aspek keselamatan dan keselesaan pengguna terus menjadi keutamaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan sebuah tren komuter enam gerabak milik KTMB dilaporkan terlajak ke hujung landasan di Platform 4 Stesen Butterworth kira-kira pukul 6.01 pagi semalam.

Tren itu merupakan set kosong tanpa penumpang dan sedang dalam pergerakan operasi harian serta tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI