fbpx
Sultan Sallehuddin bertitah pada Majlis Konvokesyen Ke-38 UUM di Sintok hari ini.

Jangan jadikan IPT platform berpolitik – Sultan Kedah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINTOK – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini bertitah agar institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak dijadikan medan berpolitik demi masa depan generasi akan datang.

Baginda bertitah, IPT adalah tempat untuk mencari ilmu bukan medan menabur fitnah.

“Beta ingin berpesan kepada hadirin sekalian. Janganlah sekali-kali menjadikan institusi pengajian tinggi sebagai platform berpolitik. Institusi pengajian tinggi adalah tempat untuk mencari ilmu, bukan medan untuk menabur fitnah.
“Andai ilmu dijadikan alat untuk berpolitik dan fitnah, ia akan memusnahkan kepercayaan rakyat dan merencatkan masa depan generasi akan datang,” titah baginda pada Majlis Konvokesyen Ke-38 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Mu’adzam Shah di sini hari ini.

Baginda yang juga Canselor UUM itu turut berkenan mengisytiharkan sesi pertama dan mengurniakan ijazah kepada 92 graduan pada majlis konvokesyen tersebut.

Sebanyak 6,832 graduan akan menerima ijazah masing-masing dalam sembilan sesi pada majlis konvokesyen tersebut bermula hari ini.

Bertitah lanjut, baginda turut menyeru supaya universiti menjadi jambatan perpaduan dan bukannya tembok perpecahan dengan menolak sebarang usaha yang boleh menggugat keharmonian serta integriti institusi ilmu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI