fbpx
PEREZ mempunyai pengalaman luas di pentas F1 yang menjadi tarikan utama Cadillac menyambar khidmatnya musim depan. - AFP

F1: Perez dipilih bukan kerana populariti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAO PAULO – Pasukan Formula Satu (F1) Cadillac menegaskan keputusan mengikat Sergio Perez untuk musim depan berasaskan keupayaan sebenar pemandu itu, bukannya faktor populariti dan sokongan penaja menjadi keutamaan.

Perez kembali ke kancah F1 selepas dilepaskan Red Bull dan pemandu Mexico berusia 35 tahun itu akan digandingkan bersama Valtteri Bottas.

Walaupun kedua-dua pemandu berada dalam kelompok berusia lewat 30-an, Prinsipal Pasukan Cadillac, Graeme Lowdon menegaskan keputusan tersebut bukan tindakan bersifat sentimental atau komersial.

“Kami memilih Checo (Perez) berdasarkan merit. Dia seorang pemandu yang pantas dan membantu kami membina pasukan. Populariti yang dimilikinya hanyalah satu kelebihan tambahan,” kata Lowdon.

Kali terakhir Perez memandu jentera F1 ketika Grand Prix (GP) Abu Dhabi tahun lalu, namun dijangka menjalani ujian menggunakan jentera Ferrari 2023 dalam masa terdekat sebagai persiapan awal.

Sepanjang kerjayanya, Perez banyak beraksi dengan pasukan berstatus pertengahan seperti Force India, namun masih berupaya meraih beberapa podium walaupun berdepan kekangan sumber dan bajet.

Lowdon melihat pengalaman itu sebagai aset penting dalam membangunkan projek pasukan baharu.

“Kami tahu dia laju, tetapi lebih utama ialah pengalaman luas yang dimilikinya dengan beberapa pasukan termasuk pasukan terbaik seperti Red Bull.

“Kami mahu memanfaatkan segala ilmu tersebut untuk membentuk struktur pasukan yang terbaik,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI