fbpx
Anwar ketika berkunjung ke Pasar Pagi Gaya di Kota Kinabalu, Sabah hari ini. IHSAN FACEBOOK

Dukungan kepada peniaga kecil perkukuh ekonomi setempat – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri menekankan komitmen kerajaan untuk terus menyokong peniaga kecil bagi memastikan ekonomi rakyat terus berkembang dan memberi manfaat kepada semua.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian susulan kunjungannya ke Pasar Pagi Gaya di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.
Katanya, pasar minggu sudah menjadi mercu dan nadi masyarakat setempat selain merupakan pusat kepada peniaga untuk mencari rezeki serta berkongsi kisah dan cerita.

“Suasana (di sini) penuh warna dengan pelbagai hasil tempatan, kraf, makanan dan senyuman orang Sabah yang begitu mesra dan membekas.

“Justeru, kita akan terus beri dukungan kepada peniaga-peniaga kecil, dan semoga ekonomi rakyat terus menyemarak untuk dirasai semua,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN