fbpx
Gambar hiasan

Remaja OKU jadi mangsa ‘sentuh’ rakan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang remaja perempuan orang kurang upaya menjadi mangsa cabul oleh rakan sekolahnya di sebuah sekolah menengah di Cheras, pada 4 November lalu.

Mangsa yang berumur 16 tahun itu dipercayai dicabul dalam tandas sekolah terbabit.

Kejadian itu bagaimanapun diketahui ibu mangsa sebelum satu laporan dibuat di Balai Polis Cheras.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan kejadian itu.

“Satu laporan polis telah diterima dan siasatan sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI