JAKARTA – Pertunangan dua kanak-kanak bawah umur di Madura, wilayah Jawa Timur mencetuskan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial, lapor portal berita Lambe Turah.
Pasangan bawah umur itu dikenali sebagai Aqil dan Putri.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @amniati08 menunjukkan perarakan keluarga lelaki serta perempuan sebelum mereka masuk ke dalam dewan.
Bahkan, pasangan bawah umur tersebut mengenakan solekan tebal dan hiasan mengikut adat Jawa.
Majlis pertunangan itu berlangsung secara mewah baru-baru ini.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial.
“Saya masih main tanah ketika umur saya seperti mereka,” kata seorang netizen. – AGENSI














