fbpx
GAMBAR fail mata wang rupiah. - AFP

Indonesia rangka RUU hapuskan sifar pada nilai wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Kementerian Kewangan Indonesia sedang menyiapkan Rang Undang-Undang (RUU) berhubung Perubahan Kadar Rupiah atau redenominasi pada mata wang kertas, lapor laman berita Inilah kelmarin.

Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa menyasarkan rangka perubahan nilai itu dapat disiapkan pada 2027.

“RUU mengenai Perubahan Kadar Rupiah merupakan RUU lanjutan yang disasarkan untuk disiapkan pada tahun 2027,” tulis Peraturan Menteri Kewangan (PMK).

Dalam PMK 70/2025, dinyatakan bahawa pembentukan RUU itu mempunyai kepentingan strategik iaitu untuk mendorong keberkesanan ekonomi yang boleh menyumbang kepada peningkatan daya saing negara.

Tujuan ia diperkenalkan adalah bagi menghapuskan sebahagian angka sifar di belakang nilai nominal rupiah supaya lebih efisien dan mudah digunakan dalam transaksi, tanpa mengubah harga wang atau nilai sebenar.

Sebagai contoh, sebelum rang undang-undang itu diperkenalkan, satu unit mata wang tertera angka 1,000 rupiah.

Namun, selepas RUU itu diluluskan, nombor pada mata wang itu akan hanya tertera 1 rupiah dengan menghapuskan angka 0 tanpa mengubah nilai barang atau kuasa beli rakyat.

Menerusi RUU itu, rupiah akan mengalami penyederhanaan nilai apabila tiga angka sifar dihapuskan.

Perubahan paling ketara dapat dilihat pada nilai nominal di mana nominal wang kertas akan bertukar daripada 100,000 rupiah kepada 100 rupiah, 50,000 rupiah menjadi 50 dan 2,000 rupiah menjadi 2 rupiah. .

Redenominasi itu telah dicadangkan sejak 2010 oleh Bank Indonesia (BI) iaitu semasa Agus D.W. Martowardojo menjadi Gabenor BI. Ia pernah dikemukakan kepada kerajaan, tetapi masih belum direalisasikan sehingga kini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN