fbpx
Pasukan bomba berusaha memadamkan api pada helikopter selepas terhempas di sebuah rumah di wilayah Dagestan semalam. - East2West

Helikopter berlegar di udara sebelum jatuh atas rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Sekurang-kurangnya empat orang maut selepas helikopter yang dinaiki mereka terhempas ke atas sebuah rumah lalu terbakar di Russia, lapor akhbar The Sun UK. 

Helikopter jenis Ka-226 itu merempuh rumah di perkampungan Achi-Su, wilayah Dagestan semalam. 

Helikopter tersebut membawa pekerja kilang pertahanan, Kizlyar Electromechanical Plant dan dalam perjalanan ke Izberbash di sekitar pantai Caspian. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan helikopter itu meletup sebelum mengeluarkan bola api tebal ke ruang udara.

Penduduk tempatan berkata, helikopter itu berlegar-legar di udara dengan api dapat dilihat, seolah-olah mencari lokasi untuk melakukan pendaratan cemas sebelum terhempas, lapor akhbar Daily Mirror.

Menteri Kesihatan Dagestan, Yaroslav Glazov mengesahkan bahawa tiga penumpang dan seorang juruterbang dibawa keluar dari bangkai pesawat. 

“Mereka bagaimanapun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dialami,” kata Glazov. 

Kegagalan teknikal dianggap sebagai punca utama nahas tersebut, demikian menurut agensi berita TASS. 

Masih belum jelas jumlah penumpang di dalam helikopter tersebut, kata pihak berkuasa. 

“Pakar-pakar sedang menganalisis serpihan helikopter untuk mengenal pasti punca kejadian,” kata jurucakap kerajaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI