fbpx

Sedania pacu ekonomi gig dengan pembiayaan hampir RM2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sedania As Salam Capital (SASC), anak syarikat kepada Sedania Innovator Berhad terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam bidang fintech (teknologi kewangan) Islam melalui Program Pembiayaan GoHalal (GHP), sebuah ekosistem patuh syariah yang direka untuk memperluas akses kewangan untuk ekonomi gig.

Dengan jumlah pembiayaan hampir RM2 bilion yang telah disalurkan, GHP mentakrif semula cara akses kewangan disampaikan kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan.

Inovasi utama Sedania berpaksikan model Meta Financing yang menggabungkan teknologi, tadbir urus syariah, dan impak sosioekonomi dalam satu ekosistem yang lancar dan telus.

Dikuasakan oleh platform dagangan digital As-Sidq Tawarruq milik Sedania, GoHalal membolehkan rakan digital mengintegrasikan produk kewangan Islam terus ke dalam sistem mereka.

Setiap transaksi dijalankan secara automatik, telus, dan mematuhi syariah secara masa nyata, mentakrif semula kecekapan dalam pembiayaan berasaskan prinsip Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif SASC, Khairul Nisa Ismail berkata, pihaknya percaya bahawa pemerkasaan kewangan haruslah inklusif dan berprinsip.

“Program Pembiayaan GoHalal bukan sekadar inovasi fintech, ia merupakan satu ekosistem yang mentakrif semula akses kepada modal bagi komuniti yang kurang diberi perhatian, berlandaskan nilai-nilai syariah dan didorong oleh teknologi.

“Ketika kami terus berkhidmat dan mengembangkan capaian dalam ekonomi gig Malaysia yang terdiri daripada komuniti seramai tiga juta individu dan semakin meningkat, kejayaan ini membuktikan bahawa kewangan beretika boleh berkembang secara mampan, sambil memacu pertumbuhan sosioekonomi jangka panjang,” katanya dalam kenyataan semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN