fbpx
Gambar fail.

8 Disember ini pengurusan kes bedah siasat Syamsul Haris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 8 Disember ini sebagai tarikh pengurusan kes status pengesahan membenarkan seorang doktor menjalankan bedah siasat pertama ke atas pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palepas), Universiti Teknologi Malaysia, Syamsul Haris Shamsudin.

Peguam Datuk Naran Singh mewakili keluarga arwah berkata, penetapan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin bangkit membuat bantahan awal berhubung persoalan sama ada Mahkamah Tinggi Jenayah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah deklaratori.

“Pihak pendakwaan menyatakan permohonan dibuat perlu didengari di Mahkamah Sivil. Namun, mahkamah mengarahkan pihak-pihak terlibat supaya memfailkan hujahan bertulis mengenai bantahan awal tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut beliau, mahkamah turut memerintahkan supaya hujahan bertulis oleh pihak pendakwaan difailkan pada 21 November ini, manakala jawapan kepada hujahan pihak pendakwaan difailkan pada 5 Disember.

Jelasnya, prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Datuk Bhupinder Singh turut menetapkan 8 Disember sebagai status pemfailan hujahan dan menetapkan tarikh pendengaran.

Berdasarkan permohonan dibuat ibu arwah, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, memohon perintah satu deklarasi bahawa Dr. George Sixtus Fernandez Jr. merupakan seorang yang tidak mempunyai kelayakan yang sah dan bidang kuasa untuk menjalankan bedah siasat ke atas Syamsul Harris, 22.

Berdasarkan permohonan itu, Ummu Haiman meminta deklarasi kepada Dr. Nurfarrah Balqies Abdul Lateef dan Dr. Rohayu Shahar Adnan yang masing-masing tidak mempunyai bidang kuasa atau mengarahkan George Sixtus melakukan bedah siasat itu di Hospital Sultan Ismail, Johor.

Permohonan perintah turut dipohon bagi mengarahkan Pengarah Hospital Sultan Ismail dan Pengarah Hospital Kota Tinggi di Johor untuk membekalkan satu (1) salinan laporan bedah siasat pertama Syamsul Haris.

Selain itu, satu salinan Nota Keterangan dari Bahagian Kecemasan dan Kemalangan Hospital Kota Tinggi, Johor, kepada Tetuan Naran Singh & Co. yang mewakili keluarga mangsa, dalam tempoh satu minggu dari tarikh perintah ini dikeluarkan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI