fbpx
Ahmad Faris (hadapan, kiri) bersama lapan sahabatnya setelah menerima skrol Diploma Sains Kejurutawatan pada majlis Konvokesyen UniSZA ke-17 di Kuala Nerus hari ini.

Sembilan sahabat baik teruja bakal bergelar jururawat lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Sembilan lelaki yang juga sahabat baik mengetepikan stigma profesion kejururawatan hanya untuk kaum wanita apabila berjaya menamatkan pengajian dalam Diploma Sains Kejururawatan pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-17 hari ini.

Mereka ialah Afif Harizuddin Alif Ashrab Ali, Ahmad Faris Nukman Fauzi, Ahmad Nu’man Ahmad Nazari, Farhan Norhishamuddin, Muhammad Adli Nadzrin Jasmi, Muhammad Akmal Ismail, Muhammad Faiz Harith Sidek, Muhammad Ismail Adham Zainal Abidin dan Muhammad Syafiq Aiman Aldi.

Ahmad Faris, 21, mengakui bukan mudah berdepan pelbagai persepsi segelintir masyarakat yang masih sukar menerima lelaki belajar bidang kejururawatan.

“Pada awalnya, saya memang segan dikelilingi majoriti jururawat wanita dan perlu merawat pesakit golongan itu tetapi akhirnya sedar kerja ini bukan soal jantina.

“Sebaliknya ia tentang tanggungjawab, empati dan keikhlasan untuk membantu orang lain,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesyen UniSZA ke-17 di sini hari ini.

Ahmad Faris berkata, hakikatnya jururawat lelaki amat diperlukan dalam situasi seperti mengangkat pesakit, mengawal emosi dalam kecemasan dan membantu tugas yang berat di wad.

Ahmad Nu’man, 21, pula berkata, pengalaman menjalani latihan praktikal di hospital memberi banyak pengajaran terutama kemahiran berkomunikasi dan keupayaan mengawal emosi sewaktu berdepan pesakit pelbagai latar belakang.

“Kadang-kadang pesakit lelaki lebih selesa bercerita (tentang keadaan kesihatan) dengan jururawat lelaki. Itulah kepentingan keseimbangan jantina dalam bidang ini supaya rawatan lebih menyeluruh dan mesra pesakit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI