fbpx
SEJUMLAH pelajar protes anti-Hasina dekat lukisannya (kanan) di Dhaka, Ogos tahun lalu. - AFP

Ganjaran tunai jika serah senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DHAKA – Kerajaan Bangladesh mengumumkan ganjaran tunai bagi sesiapa yang memulangkan mesingan, senapang dan pistol yang dijarah semasa pemberontakan bagi menggulingkan bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina tahun lalu.

Ganjaran itu akan diberikan dengan harapan dapat mengumpulkan ratusan senjata menjelang pilihan raya penting yang akan datang.

Dianggarkan sebanyak 6,000 senjata api telah dicuri dari stor simpanan polis semasa rusuhan berdarah pada Ogos 2024 yang menggulingkan pemerintahan Hasina.

Lebih 1,300 senjata masih dilaporkan hilang, kata jurucakap polis, AHM Shahadat Hossaine kepada AFP.

Polis mengeluarkan senarai ganjaran untuk pemulangan senjata itu iaitu kira-kira AS$4,000 (RM16,800) bagi senjata mesingan ringan, AS$800 (RM3,350) untuk raifal serangan dan AS$400 (RM1,700) untuk senapang patah atau pistol. 

Ganjaran tunai juga akan diberikan untuk serahan peluru.

“Polis Bangladesh menjamin kerahsiaan sepenuhnya,” kata Shahadat sambil menggesa orang ramai supaya menyerahkan senjata tersebut.

Bangladesh berada dalam huru-hara politik sejak Hasina melarikan diri ke luar negara tahun lalu, dengan parti-parti politik kini berebut kuasa menjelang pilihan raya yang dijadualkan pada Februari 2026. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN