fbpx
Gambar hiasan.

Bunuh Seri Kembangan: Siasatan masih diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Polis masih meneruskan siasatan berhubung seorang wanita ditemui mati dalam keadaan tidak berpakaian dan tangan terikat berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan, 29 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, tiga suspek lelaki tempatan yang ditahan sebelum ini telah direman selama lapan hari dan tempoh reman suspek akan tamat esok.

“Reman pertama selama lima hari disambung tiga hari lagi dan akan tamat pada esok,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Menurut beliau, seorang lagi suspek lelaki yang ditahan kemudian turut direman selama lapan hari dengan tempoh tahanan berakhir pada Sabtu ini.

Dalam pada itu, Muhamad Farid memaklumkan pihaknya turut menahan seorang lagi wanita sebagai tangkapan kelima bagi membantu siasatan.

“Suspek wanita itu direman lima hari sehingga 10 November ini bagi membantu siasatan lanjut,” ujarnya.

Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian berkenaan.

“Keputusan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian masih belum diperoleh kerana laporan makmal masih dalam proses,” jelasnya.

Pada 29 Oktober lalu, Kosmo! melaporkan, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan tangan terikat dan tanpa pakaian pada pukul 3.45 petang di kawasan berhampiran bulatan Blue Water Estate.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI