fbpx
Awang Solahuddin ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Pendang kecewa sukar tanya soalan, cadang wujud negara komunis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Suasana Dewan Rakyat di sini sedikit tegang apabila Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim menyarankan supaya kerajaan mewujudkan negara komunis.

Saranan tersebut adalah sebagai reaksi terhadap blok kerajaan yang sebelum ini dikatakan banyak melarang ahli Parlimen pembangkang untuk bertanyakan soalan terutamanya berkaitan subsidi serta beberapa perjanjian termasuk Perdagangan Timbal Balas (ART).

Jelas beliau, sepatutnya sebagai pembangkang mereka perlu menjadi pihak yang menyembak imbang di dalam Dewan Rakyat ke atas semua perkara yang dibangkitkan di blok kerajaan.

“Kalau tak bagi kami bertanya, sila buat negara komunis supaya tidak ada lagi soalan.
Ini kita tanya emosi, kita tanya emosi.

“Jadi buat (negara) komunis senang, itu cadangan. Kalau tak mahu buat, balik kepada asal kita (berdasarkan sistem demokrasi di Parlimen),”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 peringkat jawatankuasa di hari ini.

Pada masa sama Ahli Parlimen Shah Alam, Azili Yusof ketika mencelah perbahasan itu turut bertanya sama ada beliau serius supaya mewujudkan negara Komunis, Awang Solahuddin menjawab ia terpulang kepada taksiran Azli.

“Shah Alam kata nak anggap serius, seriuslah. Kalau nak anggap sebagai sindiran, sindiranlah. Saya tak ada masalah, okey? Boleh faham jawapan saya?,”soalnya.

Bagaimanapun suasana tegang itu kemudianmya diredakan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Ramli Datuk Mohd Nor supaya semua Ahli Parlimen mematuhi peraturan mesyuarat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI