fbpx
Kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran simpang Taman Tasik Teratai, Hulu Selangor, pagi tadi. - FOTO IHSAN JBPM

Penunggang motosikal maut langgar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Seorang penunggang motosikal maut selepas kenderaannya melanggar sebuah lori di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran simpang Taman Tasik Teratai, Hulu Selangor, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.34 pagi melibatkan sebuah lori dipandu lelaki berusia 48 tahun dan motosikal ditunggang lelaki berumur 51 tahun.

“Siasatan awal mendapati lori berkenaan dalam perjalanan dari Serendah menuju ke kuari di Taman Tasik Teratai untuk mengisi batu kuari.

“Ketika lori berkenaan membelok ke kanan memasuki simpang tersebut, datang sebuah motosikal dari arah bertentangan lalu melanggar tayar belakang kiri lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu dengan bantuan Balai Bomba Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa tersepit dibahagian tayar lori.

Ibrahim turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohammadi Mt Abu @ Ramli di talian 03-6064 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN