fbpx
Nissa Rosli (tiga dari kiri) bersama Pengarah Urusan Adello APAC, Kelvin Tan (tiga dari kanan) pada majlis pemeteraian kerjasama di Kuala Lumpur kelmarin.

NKMH Media sasar 15 peratus pertumbuhan pengiklanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – NKMH Media Sdn. Bhd. (NKMH Media) menyasarkan pertambahan bilangan pengiklan baharu antara 10 hingga 15 peratus ekoran kerjasama strategik yang dilaksa­nakan syarikat dengan Adello Malaysia Sdn Bhd. dan juga Adello Group AG.
Pemeteraian memorandum persefahaman itu adalah untuk mengukuhkan kedudukannya dalam bidang pengiklanan digital Malaysia.

Kerjasama itu menggabungkan keupayaan teknologi pengiklanan global (AdTech) dengan kepakaran pasaran tempatan bagi menawarkan penyelesaian pengiklanan berasaskan data, telus dan pintar untuk agensi kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta jenama korporat di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif NKMH Media, Nissa Rosli berkata, kerjasama tersebut mewa­kili penyatuan strategik antara teknologi, capaian pasaran dan kepercayaan

“Kami akan membantu organisasi di Malaysia memanfaatkan kekuatan pengiklanan programatik dan kecerdasan data untuk mencapai pertumbuhan yang boleh diukur.

“Melalui Adello, kami menyediakan Penyelesaian Pengiklanan Berprestasi iaitu satu kaedah yang akan memastikan setiap perbelanjaan iklan menghasilkan hasil sebenar,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama tersebut di sini kelmarin.

Nissa menjelaskan, bersandarkan kepada kerjasama tersebut, pihaknya akan lebih tertumpu kepada kualiti pelanggan dan nilai jangka panjangnya selain memberi keutamaan kepada kuantiti sahaja.

“Kerjasama ini bukan pelaburan tunai semata-mata, tetapi ia adalah satu bentuk perkongsian strategik untuk mengembangkan industri pemasaran berasaskan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia dan rantau Asia Tenggara,” ujarnya.

Kerjasama tersebut menghimpunkan kekuatan ketiga-tiga pihak iaitu Adello Group AG, yang berpusat di Switzerland, menyumbangkan platform pengiklanan programatiknya yang memenangi anugerah dan dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) serta pembelajaran mesin.

Adello Malaysia pula ­menyediakan sokongan operasi serantau, pelaksanaan pasaran dan perkhidmatan pelanggan, manakala NKMH Media membawa akses pasaran yang kukuh, keupayaan kreatif, hubungan yang mantap dengan institusi kerajaan serta PKS tempatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI