fbpx
Gambar hiasan. JANAAN AI

‘Wanita tak pandai masak tak apa, tapi wajib tahu bawa kereta!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Wanita, tak kaya, tak pandai, tak banyak duit, tak pandai masak dan segala benda tak pandai pun tak apa. Cuma satu, tak boleh tak pandai bawa kereta. Anda wajib pandai bawa kereta!”

Itu perkongsian Pakar kewangan dan hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad, menerusi tangkap layar pengguna media sosial, @Im_Yamie berkenaan kemahiran yang perlu ada bagi setiap wanita.

Menurut Azizul, dengan kemahiran memandu, wanita mampu menjana wang dan memiliki mandiri yang baik.

“Pandai bawa kereta, boleh jana duit, boleh bina kerjaya, berdikari, buat keputusan sendiri. Jika apa apa terjadi, boleh uruskan diri dan mandiri.

“Jika dulu, mak ayah ajarkan silat untuk lindungi diri. Zaman ini ada kemahiran memandu kereta, juga antara pilihan yang baik. Jangan tunggu lelaki kaya, jadilah kaya,” ujarnya.

Hantaran berkenaan meraih perhatian orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan pendapat berkenaan.

“Setuju. Kena pndai sebab kita tak tahu bila masa pasangan kita sakit dan kita jauh dengan keluarga,” komen Nurul Aimi Mohammad Kamil.

“Sangat betul walaupun sekarang ada pelbagai kemudahan. Ibu saya wajibkan semua anaknya tahu bawa kereta dan ada lesen, jadi habis je SPM mama akan bayarkan lesen untuk semua,” kongsi Shida Idris.

“Saya gagahkan diri bawa kereta. Sekarang hasilkan duit buat transit dan pengangkutan,” kata Tini Kartini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI