fbpx
PASUKAN JAIM melakukan serbuan kira-kira pukul 10 malam tadi selepa menerima maklumat daripada penduduk kampung.

Atok duda benci jadi bujang ditangkap khalwat dengan nenek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Sepasang warga emas masing-masing berusia 81 dan 69 tahun dicekup berkhalwat selepas bersekedudukan tanpa ikatan yang sah di sebuah rumah di Lubok China, di sini, malam tadi.

Serbuan itu dilakukan oleh pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersama-sama Imam 1, Ketua Kampung (Sidang) dan anggota polis Balai Lubok China serta penduduk kampung kira-kira pukul 10 malam.

Menurut sumber kariah masjid, lelaki terbabit dikatakan baru sahaja kehilangan isterinya pada bulan lalu sebelum dilihat kerap bersama dengan wanita terlibat.

“Penduduk sebelum ini sudah membuat aduan kerana pasangan ini kerap keluar bersama dan menimbulkan keraguan.

“Lelaki terbabit merupakan peniaga,” katanya ringkas kepada pemberita.

Difahamkan, warga emas itu sebelum ini tidak lagi tinggal sebumbung dengan arwah isterinya, namun kerap berdua-duaan dengan wanita terbabit di kediaman tersebut meskipun tidak serumah.

Pasangan warga emas itu dibawa ke pejabat JAIM selepas gagal mengemukakan dokumen sah pernikahan dan disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI