fbpx
Gambar hiasan

KPM komited perkasa pendidikan prasekolah melalui peruntukan RM1.08 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk memperkasakan program pendidikan awal kanak-kanak atau prasekolah dengan memperuntukan RM1.08 bilion pada tahun ini.

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, peruntukan itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan pendidikan awal kanak-kanak terus diberi keutamaan sebagai asas pembentukan generasi masa hadapan.

“Daripada peruntukan RM1.08 bilion untuk pendidikan awal kanak-kanak sebanyak RM1.077 bilion adalah bagi tujuan emolumen, manakala bagi bukan emolumen adalah berjumlah RM9.25 juta.
“Selaras dengan usaha meningkatkan mutu pendidikan prasekolah, KPM memberi tumpuan kepada pembangunan kompetensi guru agar mereka bersedia melaksanakan Kurikulum Prasekolah 2026 yang akan diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2026,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Mohd. Shahar Abdullah ,(PN-Paya Besar) yang bertanyakan tentang jumlah perbelanjaan kerajaan kepada prasekolah berbanding tahap pendidikan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN