fbpx
Sultan Ibrahim ketika berangkat ke Arab Saudi dan Bahrain bagi lawatan negara di Lapangan Terbang TUDM Subang hari ini.

Agong berangkat ke Arab Saudi, Bahrain bagi lawatan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berangkat ke Arab Saudi dan Bahrain bagi mengadakan lawatan negara selama beberapa hari.

Istiadat Mengucap Selamat Berangkat sempena keberangkatan Seri Paduka Baginda berlangsung penuh adat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Ketibaan Seri Paduka Baginda disambut dengan tabik Hormat Diraja oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diiringi tembakan meriam 21 das dan lagu Negaraku yang bergema di perkarangan pangkalan udara itu.

Turut hadir mengucapkan selamat berangkat ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Hadir sama Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Lawatan ke Arab Saudi ini turut mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi lawatan negara pertama oleh Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim sejak kali terakhir dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong ketujuh, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada tahun 1984. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI