fbpx
GAMBAR fail Donald Trump. - Foto AFP

Trump mahu berperang di Nigeria, arah Jabatan Perang sedia bala tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata bahawa beliau telah mengarahkan Jabatan Perang bersiap sedia untuk  mengambil tindakan ketenteraan di Nigeria, lapor saluran berita CNN semalam.

Trump menuduh Nigeria gagal membendung keganasan terhadap orang Kristian walaupun berulang kali dinafikan oleh Abuja.

Dalam kenyataan di laman media sosial Trump mengkritik apa yang beliau anggap sebagai pembunuhan beramai-ramai orang Kristian di Nigeria.

“Amerika Syarikat akan segera menghentikan semua bantuan dan sokongan kepada Nigeria,” katanya.

Trump memberi amaran kepada kerajaan Nigeria supaya segera menangani krisis tersebut.

Dalam kenyataannya, Trump berkata,  tentera  Amerika  ‘sangat berkemungkinan’ memasuki Nigeria untuk menghapuskan sepenuhnya ‘pemberontak beragama Islam’ yang beliau dakwa melakukan kekejaman mengerikan.

Justeru, saya mengarahkan Kementerian Perang kami untuk bersiap sedia.

“Jika kami menyerang, ia akan pantas, kejam, dan manis seperti samseng ‘pengganas’ yang menyerang orang Kristian kesayangan kami! Kerajaan Nigeria perlu bertindak dengan segera!” katanya. – AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI