fbpx
Kor Ming.

Nga Kor Ming mohon maaf kepada media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memohon maaf kepada pengamal media susulan insiden ketika sidang akhbar baru-baru ini berhubung cara beliau menangani soalan daripada seorang wartawan.

Katanya, beliau tidak berniat menyinggung mana-mana pihak dan menganggap perkara itu selesai.

“Kalau ada rakan media yang rasa terguris dengan kata-kata saya tempoh hari, saya tarik balik dan mohon maaf. Kita fokus kepada kerja besar, membina semula negara,” katanya selepas merasmikan Padang Madani Taman Boon Bak di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI