fbpx
HAFIZ Suip terima kejutan, ibu bapa tercinta naik ke atas pentas konsert solonya yang berlangsung semalam.

‘Mama tiada kaki, saya akan jadi kaki mama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyanyi Hafiz Suip tidak sangka menerima kejutan istimewa daripada ibu dan bapanya yang naik ke pentas ketika Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip, malam tadi.

Berjaya menahan sebak, Hafiz atau nama penuhnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 35, sempat menitipkan kata-kata penuh kasih buat ibunya, Halizawati Salleh yang berdepan masalah kesihatan.

“Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak pasukan. Pandai kalian, masa latihan tak buat.

“Ma, saya nak awak tahu walaupun awak tiada kaki, saya akan jadi kaki mama. Insya-Allah.

“Pa, terima kasih banyak-banyak sebab jagakan mama,” katanya usai menerima kejutan ibu dan bapanya di atas pentas.

Kata-kata tersebut membuatkan ibunya tidak dapat menahan air mata, manakala suasana dewan turut diselubungi rasa hiba dan terharu.

Pada masa sama, pelantun lagu Ku Akui itu memaklumkan kejutan tersebut menjadi antara momen paling berharga malam tadi orang tuanya tampil bersama di pentas.

“Sejujurnya, saya bawa mak saya daripada Kuching ke Kuala Lumpur tapi tak tahu ada perancangan untuk naik ke pentas.

“Saya memang sedihlah, rasa terharu juga sebab seseorang yang saya sayang datang konsert saya.

“Jadi, perasaan itu saya tak tahu nak cakap macam mana. Itu memang momen paling berhargalah saya rasa,” ujarnya ketika sempat bertemu media.

Semalam, Hafiz berjaya memukau 3,500 peminat dalam konsertnya Di Sebalik Aku: Hafiz Suip di Megastar Arena.

Konsert yang dianjurkan SAH Entertainment itu turut menampilkan dua artis jemputan istimewa, Adira dan Umai yang menambahkan seri dan kemeriahan malam tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI