fbpx
KLOPP masih dianggap memiliki sentuhan magis untuk mengembalikan reputasi Liverpool yang goyah musim ini. - AFP

EPL: Pintu terbuka Klopp pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Legenda Liverpool, Emile Heskey masih mengharapkan bekas pengendali, Jurgen Klopp untuk melakukan ‘pusingan U’ dengan kembali membimbing pasukan pada masa akan datang.

Sebagai rekod, Klopp membuat keputusan untuk mengundur diri pada tahun lalu selepas membimbing The Reds selama sembilan tahun sebelum digantikan pengendali dari Belanda, Arne Slot.

Namun, prestasi ‘yo-yo’ yang dipamerkan oleh Liverpool ketika ini menyaksikan masa depan Slot menjadi tanda tanya meskipun baru sahaja membantu pasukan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lalu.

Menurut Heskey, tiada calon yang lebih sesuai untuk membimbing Liverpool selain daripada Klopp kerana sentimen yang cukup positif daripada peminat setia.

Heskey berkata, Klopp masih belum membuat sebarang kata putus mengenai masa depannya dan potensi untuk kembali ke Anfield sangat besar sekali gus mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh jurulatih berpengaruh seperti David Moyes dan Jose Mourinho.

“Saya pasti Klopp tidak senang duduk melihat prestasi Liverpool pada musim ini dan cukup senang apabila dikaitkan kembali membimbing pasukan.

“Kita boleh lihat bagaimana Moyes kembali mengendalikan Everton selepas sekian lama dan situasi sama juga dilalui oleh Mourinho ketika pulang ke Stamford Bridge untuk bersama Chelsea.

“Tiada yang mustahil kerana sejarah boleh berulang walaupun secara peribadi, saya tidak mahu pengurusan membuat keputusan pecat Slot dalam masa terdekat,” katanya.

Selain Klopp, beberapa jurulatih berpengaruh turut dikaitkan ke Liverpool seperti Andoni Iraola, Oliver Glasner, Zinedine Zidane, Gareth Southgate dan Xavi Hernandez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI