fbpx
POAY TIONG (dua, dari kiri) meninjau kesan hakisan ombak di Pantai Permatang Pasir berhampiran Taman Permatang Pasir Perdana Fasa 3, Alai, Melaka, hari ini. - AMRAN ALI/KOSMO!

Penduduk bimbang pokok bakau dah lenyap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Penduduk Taman Permatang Pasir Perdana Fasa 3, Alai bimbang dengan fenomena hakisan pantai berhampiran kawasan mereka yang hanya berjarak lima meter dari sungai yang memisahkan pantai dengan taman perumahan itu.

Setiausaha Persatuan Penduduk taman berkenaan, Chew Chun Siang berkata, masalah itu mula dikesan sejak 2022 dan semakin membimbangkan sejak lebih setahun lalu apabila banyak pokok bakau yang dahulunya menjadi benteng semula jadi sudah lenyap.

Katanya, pihak berkuasa membina ban penahan ombak tahun lalu bagi mengawal hakisan, namun struktur itu hanya bertahan beberapa bulan sebelum musnah dihentam ombak. “Pada 2024 mereka bina ban penahan ombak, tapi tidak bertahan lama. Ombak kuat dan ban itu sudah tidak mampu bertahan lama.

“Kami berharap pihak kerajaan dapat mengambil tindakan segera kerana taman ini sudah diduduki sejak 2017 dan mempunyai 110 rumah. Kalau lambat, kawasan ini boleh terjejas,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air meluluskan peruntukan RM500,000 bagi membina benteng lapisan batu sepanjang lebih 100 meter bagi mengekang hakisan. Kerja-kerja pembinaan dijangka siap pada pertengahan Disember. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN