fbpx
SEORANG penunggang motosikal terjatuh selepas leka menggunakan telefon bimbit. - Foto Tangkap Layar/VnExpress/Duc Tri

Leka main telefon bimbit, penunggang jatuh motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANOI – Seorang penunggang motosikal di Hanoi, Vietnam mengalami kemalangan akibat terleka menggunakan telefon bimbit ketika berada di sebatang jalan raya yang sesak, lapor laman berita VnExpress semalam.

Ia menyebabkan hendalnya tersangkut pada motosikal lain, menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan.

Rakaman papan pemuka menunjukkan lelaki itu menunggang motosikal di tengah kesesakan lalu lintas di Jalan Ho Tung Mau, Khamis lalu ketika hujan. 

Dalam keadaan penglihatan terhad akibat hujan lebat yang menutupi pandangan, penunggang tersebut dilihat menggunakan telefon bimbitnya.

Dalam situasi itu, hendal motosikalnya tersangkut pada sebuah motosikal lain yang membawa barangan besar.

Tidak sempat bertindak balas, dia hilang imbangan lalu terjatuh, namun masih menggenggam peranti tersebut. 

Bagaimanapun, dia tidak mengalami kecederaan serius dan bangun semula beberapa saat kemudian.

Berdasarkan undang-undang lalu lintas Vietnam, penggunaan telefon bimbit ketika menunggang motosikal boleh dikenakan denda antara 800,000 dong (RM127) hingga 1 juta dong (RM160) dan potongan 4 mata daripada lesen memandu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI