fbpx
UNITED berada dalam prestasi terbaik selepas memenangi tiga perlawanan ketika dijadual berdepan Forest malam ini. - AFP

EPL: Amorim balas sindiran Dyche

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim tidak ambil hati dengan kenyataan Sean Dyche yang mendakwa beliau mampu menang lebih banyak perlawanan jika menggunakan sistem 4-4-2 di Old Trafford.

Dyche yang kini membimbing Nottingham Forest, sebelum ini berkata, pendekatan Amorim dengan formasi 3-4-3 tidak cukup berkesan untuk The Red Devils ketika beliau sebelum ini bertugas sebagai penganalisis perlawanan.

Bagaimanapun, menjelang pertemuan kedua-dua pasukan Sabtu ini, Amorim mengambil pendekatan diplomatik apabila menganggap komen itu sebagai perlu dengan tugasnya sebagai pengkritik.

“Kalau anda jadi pengulas, tapi tak berani cakap sesuatu seperti itu, saya pun tak nak tengok! Jadi, saya faham, itu kerja berbeza. Dyche bijak dan tahu mengenai strategi permainan.

“Beliau pun tahu beza antara bercakap tentang bola dan melatih pasukan sebenar. Jadi, saya tiada apa nak balas, cuma fokus nak menang perlawanan seterusnya.

“Pertama sekali, mungkin betul kalau kami main 4-4-2, kami menang lebih banyak. Tapi, saya dah cakap dari awal, cara saya perlukan masa. Dalam jangka panjang ia akan jadi lebih baik. Jadi, kita tak tahu,” katanya.

Jurulatih Portugal itu turut menegaskan United perlu belajar mengawal tekanan di stadium lawan dan bermain dengan lebih matang bagi menghadapi suasana yang lebih mencabar.

United ketika ini sedang bersiap untuk memburu kemenangan keempat berturut-turut bagi meneruskan rentak cemerlang dan impian itu mampu dilunaskan ketika Forest masih belum menemui prestasi terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN