fbpx
Suspek warga Nepal disyaki bunuh dua beranak disambung reman tujuh hari lagi, bermula semalam.

Dua beranak dibunuh: Suspek akan dituduh minggu depan – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Lelaki warga Nepal yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan kejam ibu dua beranak di Kampung Sekolah Juru di sini pada 18 Oktober lalu akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan dan sudah merujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

“Siasatan sudah selesai dan sedang menunggu arahan selanjutnya. Suspek terlibat akan didakwa dalam masa terdekat, minggu depan. Setakat ini, motif kejadian menjurus kepada dendam dan cemburu antara suspek utama dan mangsa wanita,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan suspek utama warga Nepal disyaki kenalan mangsa berusia 51 tahun disambung reman tujuh hari lagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dua lagi suspek iaitu abang suspek utama berusia 40 tahun dan rakannya berusia 28 tahun turut disambung reman.

Dalam kejadian pada 18 Oktober lalu, seorang wanita dan anak angkatnya maut dalam keadaan tragis dipercayai dibunuh di rumah sewa mereka di Kampung Sekolah Juru pada pukul 7.30 malam.

Mayat mangsa, Sariya Che Hin, 51, ditemukan di dapur, manakala Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, pula dijumpai di tingkat atas rumah berkenaan.

Suspek utama dipercayai kenalan mangsa ditahan di pejabat imigresen ketika cuba melarikan diri ke luar negara, manakala dua lagi diberkas di Bukit Tengah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI