fbpx
Anwar bersama penimpin dunia lain di Sesi Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC. Foto MEDIA SOSIAL ANWAR IBRAHIM

Anwar bincang pelaburan dengan peneraju industri di APEC 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan sesi pertemuan dengan peneraju industri utama sempena Sesi Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC 2025 di Gyeongju, Republik Korea.

Menerusi satu hantaran di laman X, Anwar berkata, pertemuan itu bertujuan membincangkan kerjasama strategik serta pelaburan bernilai tinggi yang dijangka membuka ruang kemajuan dan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

“Saya turut bertemu para peneraju industri utama bagi membincangkan kerjasama strategik dalam tenaga bersih, kecerdasan buatan dan pelaburan bernilai tinggi yang bakal membuka ruang kemajuan dan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Malaysia turut mengambil peluang mengukuhkan hubungan dengan rakan-rakan pimpinan serantau, yang menjadi asas kepada diplomasi dan kepercayaan bersama.

“Diplomasi Madani merupakan ikhtiar berterusan agar suara Malaysia terus didengari, dihormati dan diterjemahkan kepada manfaat nyata buat rakyat keseluruhannya,” ujarnya.

Sesi Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC 2025 yang berlangsung di Gyeongju menjadi platform penting bagi Malaysia menyuarakan kepentingan dan aspirasi negara dalam landskap ekonomi serantau.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN