fbpx
Tangkap layar hantaran di laman Facebook, memaparkan dua pengemis kanak-kanak makan di tengah laluan pejalan kaki di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

[VIDEO] Pengemis kanak-kanak cemari Bukit Bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan dua pengemis kanak-kanak dipercayai warga asing, duduk di laluan pejalan kaki untuk menikmati makanan secara tidak langsung mencemari Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran pengguna Norazmi Idris di laman Facebook, memaparkan dua kanak-kanak itu tidak menghiraukan keadaan sekeliling untuk makan bersama.

“Pengemis cemari tempat pelancongan, Bukit Bintang,” menurutnya pada ruang kapsyen.

Video berdurasi 1 minit 40 saat itu turut memaparkan sebuah keluarga pelancong hairan dengan tindakan dua pengemis di tengah laluan pejalan kaki dalam keadaan mencangkung.

Kawasan yang dipenuhi pengunjung itu dipercayai dicemari pengemis tidak mengira peringkat umur dan bangsa telah menunjukkan imej tidak baik kepada pelancong luar.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia telah menahan seramai 199 individu atas melanggar kesalahan imigresen termasuk kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Jalan Sultan Azlan Shah, September lalu.

Tinjauan Kosmo! mendapati ketidakselesaan orang ramai dengan kehadiran pendatang asing yang semakin meningkat termasuk bimbang akan keselamatan penduduk tempatan.

“Mohon pihak berkuasa buat pemantauan yang lebih teliti untuk bersihkan negara daripada pengemis seperti ini,” kata Azlan.

“Rosak pemandangan dan malu kepada pelancong luar. Pihak berkuasa boleh ambil tindakan segera kepada mereka (pengemis) yang mencemarkan kawasan seperti ini,” kata Noramziah.

“Pelancong luar bukan tahu siapa orang sini (Malaysia) dan siapa pendatang asing. Mereka (pengemis) ini memburukkan imej,” kata Kamal. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI