fbpx
Sarung keluli tahan karat ini lebih berat daripada komputer riba. - Matter Neuroscience

Sarung 2.7 kilogram kurangkan ketagihan main telefon pintar  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOULDER, COLORADO – Syarikat permulaan neurosains, Matter Neuroscience mencipta sarung seberat 2.7 kilogram untuk membantu mengurangkan masa penggunaan telefon pintar sebanyak 50 peratus, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Sarung keluli tahan karat itu lebih berat daripada sebuah komputer riba MacBook Pro. Ia sengaja dibina untuk menyukarkan penggunaan peranti mudah alih.

Diinspirasikan oleh rekaan telefon ikonik Black Diamond keluaran era 1980-an, sarung itu tidak boleh dimuatkan ke dalam poket. 

Konsep utamanya adalah keletihan fizikal dengan tangan pengguna menjadi  penat  jika lama menggunakan telefon pintar. 

“Keletihan fizikal mengingatkan anda untuk meletakkan telefon. Ia adalah maklum balas fizikal terhadap penggunaan gajet secara berlebihan,” kata syarikat itu di laman pendanaan awam, Kickstarter.

Sarung keluli itu kini di peringkat pendanaan awam di laman Kickstarter, dengan harga pra tempahan bermula dari AS$210 (RM880). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI