fbpx
Antara tangkap layar baki kuota Budi95 yang dikongsi di media sosial.

Ramai kongsi baki Budi95 di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Setelah sebulan program Budi Madani RON95 (Budi95) dilaksanakan, orang ramai hari ini berkongsi baki kuota minyak subsidi yang tinggal.

Menerusi tinjauan Kosmo! di beberapa platform media sosial, ramai pengguna berkongsi tangkap layar baki masing-masing.

Ada antara mereka yang masih mempunyai banyak baki Budi95, namun ada juga yang tinggal belasan ringgit malah terdapat pengguna yang memaklumkan kuota 300 liter minyak subsidi mereka sudah habis digunakan. Seorang pengguna dikenali sebagai Afif berkata, kuota 300 liter Budi95 yang diterimanya mencukupi untuk kegunaan sebulan walaupun digunakan bagi dua kereta, manakala kuota milik isterinya masih kekal penuh dan tidak terusik.

“Alhamdulillah cukup-cukup saja kuota 300 liter untuk sebulan Budi95 ini. Itu pun isi minyak dua kereta, kuota isteri masih teguh 300 liter tak bergerak,” katanya.

Selain itu, seorang lagi pengguna dikenali sebagai Shakran berkata, dia hanya menggunakan sebanyak 200 liter daripada kuota yang diberikan.

“Sebulan setelah Budi95 dan saya hanya guna 200 liter dan ada baki lagi. Saya bersyukur dengan harga minyak ini,” katanya.

Seorang pengguna dikenali sebagai Putra berkata, kuota Budi95 miliknya habis pada awal bulan kerana perlu berulang-alik lima kali seminggu dari Senawang ke Kuala Lumpur untuk bekerja, menyebabkan penggunaan minyaknya lebih tinggi berbanding kebiasaan.

“Tak sampai sebulan pun dah habis pakai sebab perlu berjalan jauh pergi kerja. Belum kira ada isi minyak untuk balik kampung pada hujung minggu, jalan yang sesak hampir setiap hari lagi,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI