fbpx
Tangkap layar video menunjukkan suspek terbakar secara misteri selepas disimbah petrol akibat mencuri motosikal. - TikTok

Pencuri motosikal disimbah petrol, tiba-tiba terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Suraya, wilayah Jawa Timur terbakar secara misteri selepas dia disimbah petrol oleh penduduk tempatan kerana mencuri sebuah motosikal, lapor portal berita MPN. 

Suspek ditangkap mencuri motosikal jenis Honda Beat yang diletakkan di hadapan sebuah rumah sewa semalam. 

Pemilik motosikal tersebut, Dian Mieke segera menjerit sekali gus menarik perhatian warga setempat yang duduk di warung berhampiran. 

Suspek dipukul sebelum disimbah bahan api sebagai cara untuk menakut-nakutkan dan memberikan pengajaran. 

Situasi bertambah cemas apabila api tiba-tiba menyambar tubuh suspek. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @jabarku_id menunjukkan anggota  polis berusaha melepaskan tali yang diikat pada tangan suspek dan memadamkan api. 

Selepas api berjaya dipadamkan, suspek dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. 

Siasatan kes masih dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI