fbpx
Tangkap layar video menunjukkan dua pegawai membuang sejumlah makanan ke dalam sungai. - Instagram

Merinyu rampas makanan tercemar, buang dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Dua pegawai keselamatan dan kualiti makanan menerima kecaman orang ramai selepas dirakam membuang pencuci mulut yang tidak selamat untuk dimakan ke dalam sebatang sungai di India, lapor stesen penyiaran NDTV. 

Kejadian berlaku di bandar Ajmer, negeri Rajasthan, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @ghumo_ajmer menunjukkan dua pegawai terbabit mengosongkan  kotak-kotak berisi pencuci mulut tradisional ke dalam sungai. 

Berat semua kotak itu dilaporkan melebihi 2,000 kilogram. 

Selain makanan, mereka dilihat membuang plastik, bekas makanan dan kotak ke dalam sungai berkenaan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 6.2 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial. 

Sebilangan netizen mendakwa kaedah pelupusan tersebut boleh mencemarkan sungai selain bercanggah dengan norma asas keselamatan alam sekitar.

“Terkejut kerana mereka seperti tidak peduli dengan pencemaran dan kerosakan yang boleh tercetus akibat tindakan tersebut,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI