fbpx
SEORANG pembeli silap membayar untuk sepinggan kuih lobak. - Foto Instagram/Yumzyumzsg,jamietan04

Lelaki bayar hampir RM1,500 untuk kuih lobak, harga sebenar cuma RM14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang lelaki menjadi tular di internet selepas secara tidak sengaja membayar SGD$450 (RM1,449) untuk sepinggan kuih lobak hitam di Singapura, lapor portal berita Stomp hari ini.

Harga sebenar kuih itu sepatutnya hanya SGD$4.50 (RM14.48).

Kesilapan itu dikongsi oleh pengguna Instagram, Caleb Tay yang menggunakan akaun @iamcalebtay di mana dia berseloroh: “Lelaki ini (Caleb) baru saja tersilap membayar SGD$450 untuk sepinggan kuih lobak hitam.”

Dia turut memuat naik video kejadian dalam akaun TikToknya.

Video tersebut merekodkan lebih 139,000 tontonan dan 2,510 tanda suka.

Rakaman video itu menunjukkan papan tanda gerai Hong Sha Li yang menjual kuih lobak di Medan Selera Chomp Chomp, Serangoon Gardens.

Skrin aplikasi PayLah yang memaparkan transaksi bernilai SGD$450 itu turut dipaparkan.

Caleb kemudian mengesahkan dalam ruangan komen bahawa dia berjaya mendapatkan bayaran balik dengan segera.

Tangkapan daripada videonya turut tular di laman Instagram popular @sgseewhatsee dan di Reddit dengan tajuk ‘Press wrong’, di mana netizen rata-rata terhibur,  namun bersimpati dengan kesilapan ‘mahal’ itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI