fbpx
Tengku Zafrul.

Hak bumiputera kekal ‘garis merah’, dipertahan dalam rundingan AS – Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sekali lagi menegaskan hak bumiputera tetap dipertahankan dalam rundingan dengan Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, ia adalah ‘garis merah’ negara dan Malaysia tidak langsung berkompromi dalam hal-hal berkaitan.

“Ada pihak membangkitkan Artikel 6.2 yang menyatakan bahawa Malaysia hendaklah memastikan syarikat milik atau kawalan kerajaan yang beroperasi dalam pasaran Malaysia bertindak mengikut pertimbangan komersial.

“Menurut tafsiran mereka, pertukaran ini bermakna syarikat milik kerajaan tidak lagi boleh melaksanakan dasar seperti keutamaan vendor bumiputera, semuanya mesti ikut penilaian komersial semata-mata. Tak betul,” katanya menerusi rakaman video di media sosial, hari ini.

Beliau menjelaskan, terdapat klausa lain yang memberikan pengecualian bagi tujuan memenuhi tanggungjawab awam.

“Apakah antara tanggungjawab awam syarikat milik kerajaan? Menyokong pembangunan bumiputera agar nikmat kemajuan ekonomi dapat dirasai bersama.

“Saya ulang sekali lagi, hak bumiputera kekal menjadi garis merah yang kita pertahankan dalam rundingan ini. Macam yang saya kata sebelum ini, bila baca perjanjian, kena baca sampai habis. Tak boleh baca sekerat-sekerat,” tegasnya.

Terdahulu media melaporkan, kerajaan menegaskan bahawa pasukan perunding Malaysia tidak pernah berganjak daripada pendirian dalam mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara sepanjang rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas dengan AS.

Tengku Zafrul berkata, isu-isu yang membabitkan garis merah seperti hak bumiputera, dasar perolehan kerajaan serta tuntutan liberalisasi penuh sektor strategik termasuk tenaga dan telekomunikasi kekal dilindungi sepenuhnya tanpa kompromi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI