PETALING JAYA – Suasana galeri awam mahkamah tengang apabila suami Ismanira Abdul Manaf, Zaim Ikhwan Zahari dilihat gagal mengawal perasaan sambil berdiri menyatakan “semoga Allah laknat” selepas isterinya dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan terus dibawa ke Penjara Kajang.
Terdahulu Ismanira dihukum penjara lima tahun selepas mahkamah mendapati wanita itu bersalah melakukan pengabaian terhadap anak sulungnya itu.
Sejurus selepas keputusan itu, dan keadaan galeri awam tengang apabila suami Ismanira, dilihat gagal mengawal perasaan sambil berdiri menyatakan “semoga Allah laknat”.
Zaim yang gagal mengawal emosi kemudian dihalang dan cuba ditenangkan oleh beberapa ahli keluarga termasuk ibu bapanya yang berada di galeri awam sebelum dibawa keluar. – KOSMO! ONLINE














